Thursday, March 24, 2022

[1114.22] KESALAHAN YANG BOLEH DIKIRA SEBAGAI KACAU GANGGU


Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 mendefinisikan "kacau ganggu" sebagai suatu perbuatan, ketinggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan, bau atau pendengaran atau membencanakan atau berbahaya atau yang mungkin membencanakan atau berbahaya kepada kesihatan atau harta atau yang menjejaskan keselamatan atau hak-hak penduduk-penduduk umum.
Jenis kacau ganggu yang menjadi suatu kesalahan adalah seperti haiwan ternakan berkeliaran di tempat awam, memelihara ternakan dalam kawasan kediaman, masalah anjing liar dan gangguan lalat dari ladang ayam dan Kompleks Makanan / Pasar Awam Majlis Perbandaran serta meliputi juga gangguan nyamuk. Turut termasuk adalah bau busuk dari ladang ternakan, pelepasan effluen dari kandang babi yang melebihi tahap yang dibenarkan iaitu BOD 50 (Biological Oxigen Demand), rumah dalam keadaan kotor, ataupun kawasan rumah diliputi tumbuh-tumbuhan rimbunan dan memudaratkan.
NOTA: Gambar sekadar hiasan



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►