Friday, March 4, 2022

[1106.22] PINDAHAN KES DADAH KE MAHKAMAH TINGGI


Kesemua kes-kes jenayah pada peringkat awal iaitu peringkat pertuduhan, akan dipertuduhkan di Mahkamah Majistret. Ini termasuklah dengan kes-kes yang didengari di Mahkamah Tinggi seperti kes-kes bunuh (Seksyen 302 Kanun Keseksaan) dan kes-kes mengedar dadah (Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya) yang mana jika disabit kesalahan hukumannya ialah hukuman gantung sampai mati.
Permohonan untuk memindahkan kes-kes seperti yang disebutkan di atas adalah kuasa penuh pihak pendakwaan yang mana pendakwa raya akan memohon kepada Mahkamah untuk memindahkan kes-kes tersebut kepada Mahkamah Tinggi sepertimana dalam Kanun Tatacara Jenayah dibawah Seksyen 177 yang menyebut seperti berikut:-
"Dalam mana-mana juga perbicaraan di hadapan Majistret yang mana didapati pada sebarang peringkat perbicaraan itu bahawa sebarang sebab maka kes itu, dalam pendapat Majistret itu, patut dibicarakan oleh Mahkamah itu sendiri atau jikalau sebelum atau dalam masa perbicaraan itu permintaan dibuat oleh Pendakwa Raya, maka Majistret itu hendaklah memberhentikan perbicaraan itu dan menukarkan kes itu ke Mahkamah yang lebih tinggi."
Namun, bagaimana pula situasinya jika pihak pendakwaan telah 'menyalahgunakan kuasanya' seperti telah begitu lama menunda/ melengahkan kes sehingga memprejudiskan hak tahanan? Adakah Mahkamah sendiri mempunyai bidang kuasa untuk memindahkan kes ke mahkamah yang lebih tinggi tanpa permohonan daripada pihak pendakwaan?
Dalam kes-kes dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (yang mana seharusnya 'exclusively tried' di Mahkamah Tinggi), Hakim dalam kes PP v Marwan Ismail [2008] 3 CLJ 164 memperuntukkan seperti berikut:-
"The magistrate has no option but to strictly adhere to the steps to be undertaken thereunder. If an accused person charged for an offence under Section 39B(1) DDA is produced before a magistrate, he must do the following:
(i) Have the charge read to him.
(ii) Explain to him the charge.
(iii) Not to record any plea by the accused, even if he chose to make one.
(iv) Transmit the case to the High Court.
(v) Cause the accused person to be brought before the High Court as soon as is practicable.
...
The exercise of this power by the public prosecutor is in our view unconnected with the special procedure for transmission under Section 41A DDA."
Seterusnya dalam kes PP V Thayalan Maniam [2007] 2 CLJ 185, Hakim telah memutuskan seperti berikut:-
"Section 41A(1) DDA does not mandate any consent of the Public Prosecutor before a case is transmitted to the High Court.... A failure by the magistrate to transmit a case that has met all the pre-requisites under s. 41A(1) DDA to the High Court is irregular and incorrect in law."
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►