Thursday, February 3, 2022

[1088.22] ROGOL KANAK-KANAK


Sepertimana yang kita tahu, kesalahan merogol adalah suatu kesalahan yang akan dikenakan tindakan hanya keatas pelaku lelaki (walaupun lelaki dalam kes tersebut merupakan 'mangsa' keadaan).
Dalam kes dimana mangsa perempuan tersebut adalah dibawah umur 16 tahun, walaupun hubungan seksual berlaku secara 'suka sama suka', lelaki tersebut boleh disabit dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Namun, bagaimana pula keadaannya apabila kedua-dua lelaki dan perempuan adalah bawah umur? Dengan kata lain, dua orang kanak-kanak bawah umur mengadakan hubungan seksual?
Dalam kes PP v N [2020] 1 LNS 1106, seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun dikatakan telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun. Kedua-dua mereka dikatakan merupakan 'pasangan kekasih' yang bercinta. Bapa kepada kanak-kanak perempuan tersebut telah membuat laporan polis dan selepas siasatan, kesalahan merupakan di bawah Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376(1). Apa yang dapat disimpulkan di sini, tidak kira sama ada usia kanak-kanak lelaki tersebut adalah bawah umur atau tidak, jika kejadian rogol berlaku (ataupun hubungan seksual suka sama suka), kanak-kanak lelaki tersebut boleh disabit dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
[NOTA: Gambar sekadar hiasan]


 

1 komen:

oliviababbit said...

Borgata Hotel Casino & Spa to Host Sept. 14th
Borgata Hotel Casino & 제주도 출장안마 Spa to Host Sept. 14th at 11 p.m. (Lonely Knows) 당진 출장마사지 It will feature 887-room hotel 여수 출장마사지 rooms with suites ranging from 통영 출장안마 deluxe suites 안산 출장안마 to

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►