Thursday, January 13, 2022

[1078.22] DIMANA TUNTUTAN PENYELESAIAN PUSAKA DIBUAT?


Untuk menuntut penyelesaian harta pusaka, proses tuntutan boleh dibuat melalui jabatan atau agensi-agensi tertentu. Namun, ia bergantung kepada jenis harta pusaka berkenaan.
Harta Pusaka Kecil boleh dituntut penyelesaiannya di Pejabat Penyelesaian Pusaka Kecil di Pejabat- pejabat Tanah di mana pusaka itu terletak. Penyelesaian pusaka jenis ini juga boleh dibuat melalui Amanah Raya Berhad yang tertakluk dengan kadar bayaran tertentu.
Harta yang ‘bukan’ Pusaka Kecil pula, tuntutan penyelesaiannya boleh dibuat terus ke Mahkamah Tinggi.
Namun, jika pihak merasakan kurang arif dalam hal ini, Pemohon boleh pergi ke Amanah Raya Berhad bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ini. Selain itu, pihak-pihak juga boleh mendapatkan perkhidmatan peguam untuk menyelesaikan tuntutan pembahagian pusaka .
Nota: Gambar Sekadar Hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►