Thursday, January 13, 2022

[1076.22] FAKTOR MITIGASI TERTUDUH DAN FAKTOR PEMBERATAN TIMBALAN PENDAKWA RAYA


Faktor mitigasi adalah faktor-faktor atau perkara-perkara yang diminta atau dipohon oleh Orang Kena Tuduh (OKT) bagi tujuan meringankan hukuman yang akan dikenakan oleh Mahkamah terhadap OKT. Kebiasaannya, Mahkamah akan bertanya kepada OKT sama ada OKT mempunyai sebarang rayuan bagi meringankan hukuman yang akan dikenakan ke atas OKT.
Antara faktor-faktor mitigasi yang boleh direkodkan adalah dengan memaklumkan kepada Mahkamah latar belakang keluarga OKT, umur OKT, pekerjaan OKT pada masa material, sama ada kesalahan jenayah yang dilakukan adalah merupakan kesalahan pertama OKT, sama ada OKT masih sihat atau mempunyai sejarah penyakit dan sama ada OKT mempunyai tanggungan lain seperti keluarga. Seboleh-bolehnya, OKT digalakakkan merayu supaya diringankan hukuman dengan memberitahu Mahkamah perkara-perkara yang dinyatakan sebelum ini supaya Mahkamah boleh memberi pertimbangan dalam meringankan hukuman kepada minimum.
Manakala, faktor pemberatan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pula adalah akan dilakukan selepas OKT membuat mitigasi di hadapan Mahkamah. Lazimnya, TPR akan memberikan faktor pemberatan supayan hukuman diberikan setimpal dengan kesalahan yang OKT lakukan. Antara faktor pemberatan yang sering diberikan adalah OKT mempunyai sabitan terdahulu, kekerapan kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKT dan terdapatnya penggunaan kekerasan.
Nota: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►