Pelajar atau murid serta masalah disiplin adalah tidak dapat dipisahkan. Isu sama ada hukuman berbentuk rotan ke atas pelajar atau murid tersebut berjaya mendisiplinkan pelajar atau tidak menjadi persoalan. Rata-rata orang awam bersetuju bahawa merotan adalah merupakan salah satu cara ‘mendidik’. Persoalan di sini, bagaimana pula persepsi ibu bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan daripada segi disiplin dan juga salah laku berat.
Satu kajian pernah dijalankan terhadap ibu bapa kepada 255 pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah dan dapatan kajian adalah ibu bapa bersetuju dengan perlaksanaan hukuman merotan yang dijalankan di sekolah berkaitan disiplin dan salah laku berat tetapi perlaksanaannya perlulah berdasarkan garis panduan khusus, peraturan dan prosedur yang dibenarkan undang-undang.
Isu sama ada kerjasama ibu bapa penting untuk mengawal salah laku berat pelajar, dapatan mendapati bahawa dalam mengawal salah laku berat pelajar, ibu bapa perlu peka dan dapat memberikan kerjasama kepada pihak sekolah selanjutnya menunjukkan bahawa masih ada lagi ibu bapa yang masih percaya bahawa hukuman ini merupakan satu langkah untuk menyelesaikan masalah disiplin dan amat berkesan.
Rujukan:
- Artikel: Persepsi Ibu Bapa Terhadap Hukuman Merotan Ke Atas Pelajar Yang Melakukan Kesalahan Disiplin Di SMK Ulu Tiram, Johor Bahru
NOTA: Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..