Wednesday, December 15, 2021

[1054.21] ADAKAH KREDIBILITI SAKSI ATAU MANGSA KANAK-KANAK ADALAH TERCABAR DAN DIPERTIKAIKAN DI BAWAH AKTA KESALAHAN SEKSUAL KANAK-KANAK?


Seksyen 17 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 telah memperuntukkan bahawa mangsa yang seorang kanak-kanak adalah dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika Mahkamah yang mendengar kes tersebut berpendapat selainnya.
Seksyen 18 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 pula telah memperuntukkan bahawa sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, Mahkamah boleh mensabitkan tertuduh bagi kesalahan yang dipertuduhkan tersebut, bersandarkan kepada keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.
Namun demikian, walaupun peruntukan undang-undang membenarkan Mahkamah untuk menerima keterangan mangsa kanak-kanak tanpa keterangan sokongan, namun adalah menjadi undang-undang mantap bahawa Mahkamah perlu untuk berhati-hati dalam menerima keterangan mangsa kanak-kanak tersebut. [CHAO CHONG & ORS v. PUBLIC PROSECUTOR [1959] 1 MLRA 111]
Secara asasnya, sekiranya mahkamah memilih untuk mendengar dan menerima keterangan daripada pengadu atau mangsa kes jenayah seksual, mahkamah mempunyai tanggungjawab untuk berhati-hati dan berwaspada dalam membuat keputusan.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►