Monday, November 1, 2021

[1013.21] KESALAHAN ROGOL

 


Rogol merupakan satu kesalahan berat dimana sabitan dengan kesalahan merogol boleh dikenakan hukuman penjara untuk tempoh seperti yang tertulis di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman sebatan.
Terdapat beberapa situasi ataupun keadaan dimana kejadian hubungan seksual yang berlaku adalah kejadian rogol dan lelaki yang terlibat itu boleh disabitkan dengan pertuduhan merogol seperti mana yang tertulis di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu:-
1. Apabila terjadinya hubungan seksual yang bertentangan dengan kemahuan wanita tersebut.
2. Apabila terjadinya hubungan seksual tanpa kerelaan wanita tersebut (without consent).
3. Apabila terjadinya hubungan seksual dengan kerelaan wanita tersebut namun, kerelaannya datang akibat dari ketakutan kerana diugut ataupun ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggap tersebut.
4. Apabila terjadinya hubungan seksual dengan kerelaan yang diberi kepada seseorang yang bukan suami kepada wanita tersebut namun wanita tersebut mempunyai kepercayaan bahawa lelaki itu merupakan suaminya dan lelaki itu tahu akan perkara yang sebenar.
5. Apabila terjadinya hubungan seksual dengan kerelaan wanita tersebut namun pada masa kejadian, wanita itu tidak boleh memahami jenis dan akibat apabila dia memberikan kerelaan.
6. Apabila terjadinya hubungan seksual dengan kerelaan namun kerelaan tersebut didapati dengan menggunakan kedudukan lelaki tersebut sebagai seorang yang berkuasa ke atas wanita itu ataupun sebab hubungan professional atau lain-lain hubungan yang berkaitan.
7. Apabila terjadinya hubungan seksual dan perempuan yang terlibat adalah berumur di bawah 16 tahun, sama ada terdapatnya kerelaan ataupun tidak, masih dikira sebagai rogol.
(Kesalahan merogol ini hanya akan dijatuhkan kepada lelaki walaupun dalam keadaan dimana lelaki adalah ‘mangsa’ dalam kes tersebut)..
Nota: gambar sekadar hiasan
Oleh,
Ain Syafiqeen
0109647961


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►