Thursday, October 21, 2021

[997.21] HUKUMAN SEBATAN


Seksyen 286 KAJ memperuntukkan bahawa jika hukuman yang dijatuhkan adalah merupakan hukuman sebatan semata-mata, mahkamah yang akan menetapkan tempat dan masa untuk hukuman tersebut.
Bagaimana hukuman sebatan dijalankan?
Di bawah Seksyen 288 KAJ, jumlah sebatan haruslah dimaklumkan dengan spesifik semasa hukuman dijatuhkan. Jumlah maksimum sebatan bagi pesalah dewasa ialah sebanyak 24 sebatan manakala untuk pesalah remaja yang berumur di antara 18 hingga 21 tahun, jumlah maksimum sebatan ialah sebanyak 10 sebatan.
Selain itu, rotan yang digunakan haruslah bersaiz tidak melebihi separuh inci diameter. Bagi pesalah remaja, hukuman rotan haruslah dikendalikan dalam bentuk seperti mendisiplinkan seorang pelajar di sekolah dimana rotan yang digunakan ialah rotan yang nipis.
Jika seseorang pesalah itu didakwa untuk beberapa kesalahan dalam satu masa yang sama, jumlah sebatan tidak boleh melebihi 24 untuk pesalah dewasa dan tidak boleh melebih 10 sebatan untuk pesalah remaja. Seksyen 289 KAJ memperuntukkan bahawa hukuman sebatan tidak boleh dijatuhkan kepada pesalah wanita, pesalah lelaki yang dikenakan hukuman mati, dan pesalah lelaki yang berusia lebih dari 50 tahun (kecuali kesalahan bagi kes-kes seperti rogol dan kesalahan luar tabii dibawah Seksyen 376, 377C, 377CA atau 377E Kanun Keseksaan).
Jika hukuman sebatan ini tidak dapat dijalankan keatas seseorang pesalah itu, maka mahkamah akan menggantikan hukuman tersebut dengan tambahan waktu untuk dipenjarakan sehingga 24 bulan dibawah Sekssyen 291 KAJ. Kebiasaannya, kes-kes dimana hukuman sebatan ini dijatuhkan adalah keatas pesalah bagi kes-kes yang melibatkan keganasan dan kekejaman terhadap orang lain.
Sebatan hanya boleh dijalankan apabila pegawai perubatan yang mengesahkan bahawa pesalah berada dalam keadaan yang sihat, sepertimana yang tertulis dibawah Seksyen 290 Kanun Tatacara Jenayah dan sekiranya pegawai perubatan tersebut menyatakan bahawa pesalah berada dalam keadaan yang tidak layak untuk disebat, maka hukuman sebatan tersebut harus dihentikan.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Oleh ,
Ain Syafiqeen
0109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►