Apa itu CTOS? CTOS adalah singkatan yang bermaksud Credit Tip Off Service itu sebuah perkhidmatan yang memberi maklumat rahsia berkenaan kredit seseorang. CTOS mengumpul maklumat dan menyediakan laporan kredit seseorang individu untuk kegunaan institusi kewangan. Ia hanya melaporkan keadaan kredit individu berkenaan.
Ia tidak berhak dan tidak pernah menyenaraihitam atau blacklist mana-mana individu.
Bagi menghasilkan laporan CTOS, CTOS Sdn Bhd mendapatkan data dan maklumat dari sumber awam seperti:
• Jabatan Pendaftaran Negara
• Jabatan Insolvensi Malaysia
• Bank Negara Malaysia
• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
• Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar tempatan dan warta kerajaan.
CTOS adalah platform telus antara seseorang dan institusi kewangan untuk menambah peluang mendapat kelulusan pinjaman. Sebagai pihak bank, maklumat perihal kredit calon peminjam boleh diakses sementara bagi individu, CTOS membantu kita untuk memperbaiki nilai kemampuan kredit kita.
Untuk mendapatkan skor atau status laporan kredit yang bagus dalam CTOS, anda boleh membuat pemeriksaan terhadap laporan kredit sebelum memohon pinjaman.
Selain itu, bayar hutang kad kredit dan loan kereta, rumah dan segala pinjaman bank yang ada tepat pada masanya. Anda jua perlu membayar bil api, air, telefon dan lain-lain tepat pada masanya serta berbincang dengan pihak bank jika ada bayaran tertunggak dan memerlukan sistem pembayaran yang fleksibel.
Nota: Gambar sekadar hiasan dan kami tak promosi perniagaan ini.
Oleh,
Nur Zahirah Bahari
0109647961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..