Satu perkara yang pasti berlaku dalam dunia ini, miskin atau kaya, muda atau tua pasti akan meninggal dunia apabila tiba ajalnya. Tetapi, sekiranya si mati adalah seseorang yang berharta, perkara tersebut mencetuskan satu lagi masalah pewarisan harta yang tidak boleh dipandang remeh. Banyak kisah keluarga yang berpecah belah dan bergaduh bertahun-tahun disebabkan harta.
Oleh sebab itu, adalah penting untuk membuat pengurusan harta pusaka. Jika si mati meninggal dunia dengan wasiat, dokumen yang waris perlukan adalah Geran Probet (Grant of Probate). Jika tiada wasiat ditinggalkan, (atau wasiat tidak sah) waris memerlukan Surat Kuasa Mentadbir (Grant of Letter of Administration).
Bagaimana sekiranya Pentadbir bagi harta pusaka si mati yang telah dilantik sebelum ini, meninggal dunia? Sekiranya Probet atau Surat Kuasa Pentadbiran telah diberikan kepada seseorang waris sebagai Pentadbir, tetapi Pentadbir tersebut kemudiannya meninggal dunia, hilang/tidak dapat dikesan (abscond) atau tidak lagi berupaya untuk mentadbir harta tersebut (incapacitated), orang yang berhak mendapat perwakilan boleh memohon kepada Mahkamah untuk Surat Pentadbiran De Bonis tersebut bagi meneruskan pentadbiran harta pusaka.
Perlantikan Pentadbir baru hendaklah dipersetujui oleh ahli waris lain dan waris-waris yang tidak berniat untuk menjadi pentadbir ini hendaklah menyatakan penolakan hak mereka melalui Afidavit yang difailkan di Mahkamah.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Oleh,
Nur Zahirah Bahari
0109647961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..