Friday, October 1, 2021

[975.21] "LIMITASI 6 TAHUN ITU BENAR" (Baca stail talkin)


Dapat mesej whatsapp klien, nak proceed kesnya
Tengok balik conversation, terakhir pada 2019
Ini kali kedua dia mesej nak proceed kesnya, tapi tiada tindakan ke arah itu.
Sebagai peguamcara, kita taknaklah bersungguh tanyakan khabar. Kami sekadar membantu menyelesaikan masalah. Bukan nak kata kami pandai atau boleh buat. Semuanya di dalam konsultansi yang diberikan telah nasihatkan pro dan cont tentang kesnya.
"Saya tak ingat kes pasal apa sebab lama sangat tapi kalau ikut whatsapp ini, kes Tuan/Puan dah lebih masa 6 tahun. Memang tidak akan lepas tuntutannya", jawab saya ringkas.
"Tapi saya jumpa Tuan pada 2019. Tak lebih 6 tahun lagi"
"Dia kira daripada tarikh ditipu. Cuba check whatsapp balik. Saya dah nasihat pasal 6 tahun ni. Lagipun Tuan/Puan tak pernah jumpa saya. Whatsapp sahaja, tak mahu datang jumpa konsultansi."
"Rugilah RMXXX,000.00 saya. Tolong la Tuan."
"Fee Konsultansi sikit pun Tuan berkira, memang tak boleh buat apa dah. Kalau fail saman, memang kes tu depa lawan"
.......... dan panjang lagi ceritanya....
krik.. krik...


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►