Monday, October 25, 2021

[1003.21] PERTUDUHAN JENAYAH


Apabila seseorang itu dihadapkan ke majistret, satu kertas pertuduhan yang mengandungi isi-isi kesalahan yang dilakukan mesti dibacakan dan diterangkan dengan jelas kepada orang tersebut. Selepas memastikan bahawa dia faham akan pertuduhan yang dikenakan keatasnya, dia akan ditanya sama ada dia mengaku bersalah ataupun minta untuk dibicarakan sepertimana yang tertulis dibawah Seksyen 173(a) dan Seksyen 178 KTJ.
Dalam kebanyakan kes, langkah yang paling awal dalam proses pendakwaan ialah pertuduhan dimana tertuduh akan dituduh melakukan suatu kesalahan dibawah undang-undang tertentu. Secara amnya, sebab-sebab perlunya pertuduhan ialah:-
1. Untuk memaklumkan kepada tertuduh tentang kesalahan yang telah dilakukannya agar tertuduh boleh menyediakan ‘defence’.
2. Supaya mahkamah jelas tentang bukti dan keterangan yang perlu dikemukakan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.
3. Untuk menyatakan dengan jelas tentang hukuman yang akan dikenakan.
4. Untuk menentukan bidang kuasa mahkamah.
Contoh bentuk pertuduhan adalah seperti yang berikut:-
“Bahawa kamu, pada tarikh 1.1.2001, pada jam lebih kurang 2 petang, bertempat di Kampung Satu, dalam daerah Petaling, di negeri Selangor, telah melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian terhadap Ali dan dengan yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.”
Seterusnya, dibawah Seksyen 172(1) Kanun Tatacara Jenayah, pertuduhan ke atas tertuduh yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi harus dibuat atas nama Pendakwa Raya, dan ditandatangani oleh Pendakwa Raya tersebut, ataupun mana-mana orang yang dibenarkan oleh Pendakwa Raya tersebut.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Oleh,
Ain Syafiqeen
0109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►