Monday, October 25, 2021

[1001.21] PENIPUAN PINJAMAN ONLINE


Satu artikel mengenainya pernah dibuat sebelum ini. Kami ambil peluang untuk ingatkan semula.
Banyak tawaran pinjaman kadar rendah dan masa pembayaran yang panjang menarik minat ramai orang. Tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka sedang ditipu.
Biasanya modus operandi untuk menyakinkan, mereka diberikan satu tawaran menarik dan untuk meyakinkan lagi, mereka disuruh untuk membuat perjanjian melalui mana-mana peguam yang mereka pilih sendiri dengan kos ditanggung sendiri. Di sini mereka akan habis wang dengan membayar pegum bagi kos penyediaan perjanjian.
Ini turut melibatkan peguam seperti kami. Walaupun kebanyakkannya firma guaman telah ingatkan bahawa ada satu tawaran rasmi dengan syarikat yang sah, kebanyakan mangsa menyatakan kepercayaan mereka kepada syarikat melalui online berkenaan atas faktor desakan kewangan.
Atas alasan ada perjanjian peguam, mereka disuruh pula membayar sejumlah wang untuk membuka akaun bagi membuat pembayaran kelak. Apabila ini selesai, mereka senyap. Mangsa akan kerugian dalam RM1000.00 biasanya.
Bayangkan kalau mereka berjaya menipu 100 orang sehari atau seminggu.
Pendek kata, penyediaan dokumen memang firma guaman akan caj perkhidmatan merek tetapi ambil masa dan buka mata kepada nasihat peguam.
foto berkaitan caci maki kepada sebuah syarikat yang dikatakan terlibat dalam penipuan berkenaan. Daripada penelitian kami, scammer telah menggunakan nama syarikat pemberi pinjam berlesen yang sah sebagai dokumen bagi penipu. Kasihan syarikat itu tak pasal-pasal kena.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►