Sistem Parol di mulai di Malaysia pada 30/06/2008 melalui Akta Penjara (pindaan ) 2008 bagi mengurangkan kos dan tempat yang di belanjakan oleh Kerajaan Malaysia. Semua banduan yang menjalankan hukuman selain kesalahan di bawah Jadual Keempat adalah layak mendapatkan Parol [S.46E (1)]
Pentadbiran #Parol di Malaysian adalah di bawah Lembaga Parol yang di tubuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri di bawah S. 46C (1) memberikan mereka kuasa :
O Kuasa memutuskan untuk melepaskan banduan di bawah Parol.
O Menggantung atau membatalkan Perintah Parol.
O Menambah atau perubahan apa-apa tambahan syarat melibatkan Parol.
O Untuk melakukan apa-apa inkuiri berkaitan Parol.
O Untuk memeriksa mana-mana banduan untuk maklumat lanjut tentang permohonan Parol atau mana-mana alasan yang dianggap bersesuaian .
O Untuk melaksanakan apa-apa fungsi dan tugas Menteri Dalam Negeri boleh diputuskan.
Banduan yang dilepaskan dengan Perintah Parol adalah tertakluk dengan syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Parol.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..