Thursday, September 9, 2021

[958.21] NAFKAH ANAK - SIAPA BERTANGGUNGJAWAB


“SAYA BERCERAI DAN SUAMI LIAT NAK BAYAR NAFKAH ANAK-ANAK, ALASAN BEKERJA TIDAK TENTU”
Tanggungjawab nafkah adalah bukan kepada suami/bapa kepada anak, tetapi kepada wali. Sebagai bapa kepada anak-anak maka suami adalah induvidu utama dalam menyediakan nafkah. Nafkah wajib adalah makan, pakai dan tempat tinggal serta lain-lain yang dikehendaki semasa itu pendidikan, perubatan dan sebagainya. Manakala nafkah isteri terhapus apabila telah bercerai.
Namun sekiranya bapa tiada atas sebab kematiannya atas gagal memberikan nafkah kepada anak-anak menunaikan, maka tanggungjawab ini dipikul (hak untuk dituntut) ke atas wali yang di senaraikan selepas bapa iaitu datuk, dan pakcik-pakcik sebelah bapa.
Tuntutan boleh dibuat kepada wali agar memberikan hak nafkah anak-anak, satu tuduhan Mahkamah boleh dikenakan jika mereka ingkar. Bila disebut tuntutan, pihak ibu atau penjaga anak-anak perkahwinan adalah berhak menuntut melalui mahkamah Syariah.
Dalam Islam, itu adalah wajib yang perlu dilaksanakan oleh walinya. Sekiranya gagal maka ia adalah berdosa.
Jangan ingat wali bab hak faraidh sahaja..


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►