Thursday, July 29, 2021

[942.21] TINGGALAN WARIS WANITA SAHAJA


Soalan- "Sahabat saya baru meninggal dunia, arwah seorang perempuan bujang. Waris dekat hanya seotang kakak & 2 anak saudara perempuan.
Apa yg perlu waris ini buat utk uruskan hal arwah seperti urusan akaun bank dan lain2 serta rumah yg masih dalam tanggungan hutang bank?"
................................................................
Jika saya ada kakak sebagai waris dan tiada waris lain seperti ibu bapa, suami dan secara kasarnya harta peninggalan akan diterima oleh kakak dan Baitulmal.
Kakak atau mana-mana pihak boleh buat permohonan di Bahagian Pusaka Kecil Pejabat Tanah dan Galian, Amanah Raya Berhad atau Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi mentadbir dan pembahagian pusaka tersebut.
Permohonan sijil faraidh juga boleh dibuat di Mahkamah Syariah terdekat jika diperlukan.
Hisham Nazir
010-9647961
Nota: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►