Wednesday, July 21, 2021

[933.21] TINDAKAN SEBAGAI SEORANG MANGSA KES JENAYAH.


“Saya telah membuat laporan di balai polis bagi kes jenayah tapi tak ada tindakan lanjut yang diambil. Adakah saya perlu terus hadir ke Mahkamah?”
Ini adalah antara soalan yang diterima daripada orang awam yang mana rata-rata menyatakan kekeliruan berkenaan proses pendakwaan kes jenayah di Mahkamah.
Apabila sesuatu laporan tersebut dibuat di balai polis, tindakan seterusnya yang akan diambil oleh pihak polis adalah memulakan siasatan/membuat penahanan ke atas suspek. Dalam proses tersebut, pihak polis akan mengumpulkan keterangan yang ada dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada pihak pendakwaan. Sekiranya keterangan yang dikemukakan adalah mencukupi untuk menuduh suspek di Mahkamah, maka barulah suspek akan dituduh di Mahkamah.
Sepanjang proses ini, mangsa/pihak yang membuat laporan polis perlu memberikan kerjasama dan keterangan yang sewajarnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan pihak polis. Mangsa/pihak yang membuat laporan polis tersebut tidak perlu menghadirkan diri di Mahkamah atau sehinggalah diarahkan untuk menjadi saksi bagi sesuatu kes jenayah tersebut.
Mangsa atau pengadu juga boleh melantik peguam yang disebut seagai peguam pemerhati bagi mendapatkan nasihat undang-undang sepanjang siasatan dan kes berjalan. Ini boleh mengelakkan trauma berlebihan dan juga maklum tentang kes berkenaan.
Putrajaya
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►