Wednesday, July 21, 2021

]929.21] UNDANG-UNDANG NAFKAH KEPADA ISTERI


Adakah suami wajib dan perlu memberikan nafkah kepada isteri walaupun isteri bekerja dan mempunyai bergaji besar?
Selalunya isteri tidak kisah untuk beli keperluan sendiri dan untuk menggunakan duit sendiri bagi keperluan anak-anak tetapi isu dan masalah akan timbul apabila isteri mengetahui bahawa suaminya mempunyai perempuan lain atau berlaku curang. Isteri akan hilang sabar, dan berlakunya pergaduhan sehingga terjadinya penceraian.
Dalam keadaan ini, isteri jangan berdiam diri dan tidak menuntut hak atau nafkah yang sepatutnya dari suami kerana diam itu tandanya redha.
Seksyen 60 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam menyatakan Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi isteri seperti berikut:
(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh, memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau dengan tidak munasabah enggan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain—
a) apabila dia menjauhkan diri daripada suaminya;
b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke suatu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.
d) Sebaik selepas isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, maka isteri itu tidak lagi nusyuz
+60109647961
Shah Alam


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►