Thursday, July 8, 2021

[916.21] SAPINA / SEPINA


Sapina adalah satu dokumen sah yang dikeluarkan oleh Mahkamah bagi memaksa seseorang itu memberi keterangan di Mahkamah. Selalunya sapina dikeluarkan ke atas saksi sesuatu perbicaraan sama ada dalam kes jenayah atau kes sivil.
Dalam undang undang ada dua jenis sapina. Pertama, sapina untuk memaksa atau mengarahkan anda untuk hadir di Mahkamah dan memberikan keterangan. Dalam undang-undang, sapina jenis yang pertama ini dipanggil subpoena ad testificandum.
Keduanya, sapina dikeluarkan untuk meminta anda mengemukakan dokumen dokumen yang diperlukan yang biasanya dokumen tersebut dalam milikan atau kawalan anda. Sapina jenis kedua ini dipanggil subpoena duces tecum.
Jangan pandang ringan dan tidak pedulikan sapina jika anda diserahkan dengan sapina. Ini kerana jika anda gagal patuhi arahan yang diberikan dalam sapina itu, anda mungkin boleh sama ada ditangkap (melalui waran tangkap yang akan dikeluarkan Mahkamah) atau anda mungkin juga boleh dikenakan tindakan menghina Mahkamah.
Bolehkan anda mencabar atau mengenepikan sapina yang diserahkan ke atas anda? Jawapannya boleh dengan syarat anda mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian. Contohnya anda tidak ada langsung kaitan dengan kes yang dibicarakan itu.
+60109647961
Bandar Saujana Putra


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►