"Berhutang dengan XXXX pada 9 tahun yang lepas dan dah habis bayar, tapi sampai sekarang nama masih ada dalam CTOS. Apa tindakan perlu diambil?"
Hutang hanya boleh dituntut melalui Mahkamah dalam masa 6 tahun adalah menurut perundangan. Namun ia tidak menghalang untuk disenaraikan hitam bagi hutang berkenaan melalui beberapa agensi.
Blacklist boleh dibuang melalui perintah Mahkamah atau membuat pembayaran hutang secara penuh.
Jika pembayaran telah dibuat sepenuhnya, sila dapatkan surat perlepasan daripada pemiutang dan serahkan kepada agensi tertentu termasuk CTOS bagi ditarik balik senaraian tersebut.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..