Thursday, July 1, 2021

[896.21] PEMILIKAN DAN PENGEDARAN DADAH.

 
Kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) memperuntukkan bahawa tertuduh jika dibuktikan bersalah, akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Elemen pemilikan yang merangkumi aspek jagaan dan kawalan serta pengetahuan Tertuduh ke atas dadah berkenaan adalah salah satu elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan untuk sabitan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Rujuk - Chan Pean Leon v PP [1956]).

Sekiranya dadah dijumpai di dalam bilik/rumah yang mana Tertuduh berada di rumah/bilik tersebut ketika tangkapan dibuat, pihak pendakwaan perlulah membuktikan bahawa tertuduh berada bersama milikan dadah ketika dijumpai dan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa tertuduh sememangnya tinggal dan/atau menyewa di rumah tersebut dan terdapat barang-barang peribadi kepunyaan tertuduh di rumah berkenaan. 

Namun, sekiranya premis tersebut tidak hanya disewa atau digunakan secara ekslusif oleh tertuduh, tetapi orang lain juga boleh memasuki dan menggunakan premis tersebut, keadaan ini tidak cukup membuktikan bahawa tertuduh mempunyai akses terhadap dadah tersebut.

Kelakuan Tertuduh yang dikatakan cuba melarikan diri juga tidak mencukupi untuk membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan ke atas dadah berkenaan. Panduan didapati daripada kes Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan di ms 124 bahawa: 

“[17] Whilst the conduct of the accused fleeing the scene may be a relevant factor to be considered, such a conduct however must be weighed against the circumstances of the case.”.
Inferens melarikan diri ketika serbuan dibuat tidak mencukupi untuk membuktikan pemilikan. Memetik pendapat Mahkamah Agung di dalam kes Choo Chang Teik & Anor v PP [1991].

Keterangan saksi-saksi pendakwaan amat penting untuk menunjukkan keterlibatan atau pengetahuan tertuduh berkenaan dadah tersebut. Kecacatan-kecacatan dalam keterangan saksi pendakwaan hendaklah diberikan sebagai kelebihan kepada Tertuduh dalam mematahkan kes prima facie pihak Pendakwaan.

Zahirah Bahari 
+6010-9647961
Bandar Baru Bangi 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►