Wednesday, June 30, 2021

[885.21] TUGAS PIHAK PENDAKWAAN UNTUK MENAWARKAN DAN MENGEMUKAKAN SAKSI KEPADA PIHAK PEMBELAAN


Prosedur perbicaraan kes jenayah akan dimulakan dengan saksi-saksi pihak pendakwaan. Saksi-saksi ini adalah saksi yang akan menyokong kes pihak pendakwaan. Sekiranya Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes Prima Facie, maka Mahkamah akan mengarahkan tertuduh untuk membela diri. 

Pihak pendakwaan sebelum/semasa menutup kes pendakwaan perlu untuk menawarkan saksi kepada pihak pembelaan sekiranya saksi-saksi tersebut tidak dikemukakan semasa kes pendakwaan. Pihak pendakwaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan saksi-saksi tersebut hadir ke Mahkamah dengan memberikan sepina kepada saksi. Dalam keadaan saksi-saksi tersebut gagal untuk dikemukakan, maka tertuduh perlu untuk dilepaskan dan dibebaskan. 

Rujukan dibuat terhadap kes PP v. Asnawi Yusuf [2011] 3 MLRA 544 yang mana telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Rayuan bahawa:

[23] … It is clear law that when the witnesses are offered by the prosecution to the defence at the end of the case for the prosecution, it is the bounden duty of the prosecution to avail these witnesses for the defence. If in the exercise of this duty, the prosecution fails to fulfil this obligation, the accused must be acquitted.

Khairunnisa Kasa 
+6010-9647961
Subang Jaya, 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►