Tuesday, June 29, 2021

[883.21] PENYIASATAN IDENTITI


Pemalsuan identiti boleh disiasat sebagai suatu kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta 588, yang ringkasnya memperuntukkan bahawa seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan rangkaian atau aplikasi bagi memulakan komunikasi yang palsu dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain boleh boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Dalam kes rayuan Ahmad Abd Jalil v. PP [2015], perayu telah menggunakan nama ‘Zul Yahya’ sebagai samaran semasa melakukan kesalahan memuat naik komen jelik terhadap Sultan Johor di laman media sosial, Facebook. Begitu juga dengan pertuduhan terhadap kartunis terkemuka Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin v. PP [2019] yang melibatkan penyiaran gambar yang dilekatkan dengan logo Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (‘SKMM’) secara palsu.

Namun, ada juga insiden di mana pemangsa atas talian melakukan ‘catfishing’ dengan menggunakan nama sebenar tetapi meletakkan pula gambar orang lain, yang selalunya lebih berupa daripada wajah sebenar pemangsa, sebagai samaran untuk menarik perhatian orang yang mereka sukai sehingga mangsa terpedaya dengan rupa paras yang dicuri. 

Masalah timbul apabila mangsa bersetuju untuk memulakan perhubungan dengan pemangsa atas helah ini sehinggalah kebenaran terbongkar. Hal ini sememangnya dianggap remeh berbanding pelbagai lagi masalah dunia yang besar tetapi kesan perilaku ini kepada mereka yang terlibat adalah amat menggoncang; hak privasi mereka dicabul dan reputasi mereka dijarah.

Zahirah Bahari 
+6010-9647961
Mahkamah Klang 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►