Thursday, May 27, 2021

[859.21] TEMPOH REMAN TAHANAN POCA


"Tuan, berapa hari POCA boleh kena reman"
Reman untuk POCA adalah reman di bawah tindakan KDN melalui pegawai siasatan polis adalah dua (2) peringkat.
Pertama, 21 hari tahanan reman di bawah seksyen 4(1)(a) POCA 1959
Kedua, 38 hari lagi tambahan jika diperlukan di bawah seksyen 4(2)(a) POCA 1959.
Kedua-dua tahanan reman tiada diskaun kepada tempoh berkenaan. Hanya isu dibenarkan atau sebaliknya ataupun dibebaskan atas beberapa peruntukan atau budibicara KDN.
Lain-lain persoalan mengenai POCA boleh rujuk artikel sebelum ini di page ini atau di www.criminallawyermalaysia.com
Terima kasih.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►