Itu antara komen 'bangga' di satu pos facebook mengenai hutang. Nauzubillah. Sebagai Muslim, kita memohon berlindung daripada hutang.
Pindaan Akta Insolvensi 2020 masih belum diluluskan/ dilaksanakan. Jadi amaun sebanyak RM50k untuk kebankrapan masih dalam amaun yang baik berbanding sebelumnya RM30k.
Pindaan ini secara peribadi saya tidak menyetujuinya kerana hanya untuk mengelakkan permasalahan kewangan dan pengurangan si bankrap, peningkatan amaun bukan suatu yang menyelesaikan pelbagai masalah.
Sebaliknya amaun yang semakin tinggi memberikan impak negatif di dalam perlaksanaan penghakiman yang melibatkan amaun hutang tertunggak, perkhidmatan, dan kontrak kecil.
Saya percaya dengan masalah ekonomi yang agak perlahan dan bank serta institusi yang berebut memberikan pakej dalam linkungan interest yang rendah, menggalakkan lagi industri hutang oleh masyarakat.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..