Thursday, April 15, 2021

[831.21] WARISI PUSAKA


Isu dan artikel mengenai pusaka dan faraidh ini dah banyak kami tulis agar masyarakat mengakui Islam faham. Boleh cari di page ini atau di www.criminallawyermalaysia.com
Apabila mati seseorang, waris akan mewarisi empat perkara;
Pertama, harta dan laba setakat mana Islam benarkan. Ramai yang ini direbut waris.
Kedua, sebagaimana laba dan harta waris juga mewarisi dan bertanggungjawab melunaskan hutang. Yang ini bila disebut krik... Krik..
Ketiga, apabila arwah mati maka waris mengambilalih tugasan dan amanah luaran si mati. Dah bagi belanja kepada anak dan isteri si mati ke si waris? Dah pastikan anak si mati dapat makan dan pendidikan sebagaimana si mati patut buat?. Dapat bagi separuh gaji si mati pun okay.
Ada beberapa lagi terbeban kepada waris tetapi cukup untuk diingatkan 3 perkara asas ini.
Nota: Ramai juga tanya bab pesaka minggu ini. Bab undang-undang senang nak nasihatkan, tapi bab akhlak dan agama ni, orang bijak agama pun jadi bodoh.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►