Thursday, March 4, 2021

[818.21] PEMILIKAN DAN PENGEDARAN DADAH DI BAWAH SEKSYEN 39B(1)A AKTA DADAH BERBAHAYA 1952


Ini artikel am, sebelum itu baca artikel mengenai anggapan pemilikan dan pengedaran dadah di Malaysia.
Kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan bahawa tertuduh jika dibuktikan bersalah, akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup jika tidak digantung sampai mati.
Elemen pemilikan yang merangkumi aspek jagaan dan kawalan serta pengetahuan Tertuduh ke atas dadah berkenaan adalah salah satu elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan untuk sabitan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (lihat kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237).
Sekiranya dadah dijumpai di dalam bilik/rumah yang mana Tertuduh berada di rumah/bilik tersebut ketika tangkapan dibuat, pihak pendakwaan perlulah membuktikan bahawa tertuduh berada bersama milikan dadah ketika dijumpai dan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa tertuduh sememangnya tinggal dan/atau menyewa di rumah tersebut dan terdapat barang-barang peribadi kepunyaan tertuduh di rumah berkenaan.
Namun, sekiranya premis tersebut tidak hanya disewa atau digunakan secara ekslusif oleh tertuduh, tetapi orang lain juga boleh memasuki dan menggunakan premis tersebut, keadaan ini tidak cukup membuktikan bahawa tertuduh mempunyai akses terhadap dadah tersebut.
Kelakuan Tertuduh yang dikatakan cuba melarikan diri juga tidak mencukupi untuk membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan ke atas dadah berkenaan. Panduan didapati daripada kes Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 di mana Mahkamah Persekutuan. Begitu juga Mahkamah Agung di dalam kes Choo Chang Teik & Anor v PP [1991] 3 MLJ 423.
Secara kesimpulannya, jauhilah dadah. Dadah musuh utama negara!


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►