Thursday, February 11, 2021

[789.21] MENAHAN HARTA DI BAWAH SEKSYEN 56(1) AMLATFA


Sekiranya pihak Pendakwaan / Kerajaan boleh membuktikan wujudnya satu pendapatan melalui aktiviti yang tidak sah di bawah seksyen 4 akta yang sama, satu penahanan harta boleh dibuat terhadap OKT/Responden.
Melalui kes PP vs. Kuala Dimensi Sdn Bhd & Ors [2021] yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan antara lain menggariskan bahawa tanpa pendakwaan, tiada prima facie bahawa elemen aktiviti tidak sah telah dilakukan oleh Responden dan walaupun beban bukti tidak digariskan dengan jelas bagi peruntukan seksyen 56(1), tetapi Pendakwaan sebagai pemohon terbeban untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian terhadap tuntutan tersebut. Antara elemen perlu dibuktikan atas beban bukti tersebut ialah:
1. Wujudnya kesalahan tersebut;
2. Mengenal pasti perkara subjek di dalam kesalahan tersebut;
3. Tindakan Responden dalam menyubahati kesalahan /ativiti berkenaan.
Pembuktian perlu ditekankan kepada dokumentari bukan sekadar bukti dengar cakap atau alegasi dalam afidavit semata-mata. Dalam erti kata lain, jika pendakwaan dibuat, maka keterangan dokumentasi boleh digunapakai.
Rujuk -
PP vs. Kuala Dimensi Sdn Bhd & Ors [2021] 1 MLRA
Hisham Nazir
Subang Jaya, Selangor


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►