3 hari lepas seorang Datin Seri hubungi saya, dan cerita pasal satu agreement yang dimasuki oleh suaminya & beliau mengenai kononnya suami akan berikan melebihi RM70juta kepadanya.
Tujuannya adalah memastikan perlaksanaannya. Jadi nasihat saya selagi mana kontrak itu sah & jelas , ia boleh dilaksanakan. Menurutnya perjanjian itu ditandatangani oleh suami dan peguamnya menjadi saksi. Pesuruhjaya Sumpah pun signed juga.
Pendek cerita, saya berjaya meneka ia bukan perjanjian tetapi Surat Akuan (SA) sebab itu peguam tidak tandatangani sebaliknya disaksikan oleh pesuruhjaya sumpah. Saya tegaskan bahawa SA bukan perjanjian bagi tujuan tersebut dan kosnya hanya RM4. Sedangkan perjanjian bagi perkara sebegitu adalah berbeza, bukan sahaja cukainya, malah kos guaman juga mahal. Melenting amat Datin Serinya.
Kalau anda membuat satu perjanjian penting, pastikan satu format perjanjian tepat dengan matlamatnya. Setiap perjanjian adalah memberikan kesan berbeza-beza antara satu dokumen dengan dokumen yang lain. Daripada sudut siapa saksi perjanjian, kos guaman, kos cukai, terma perjanjian, format perjanjian sudah boleh memberikan gambaran apa yang anda hadapi. Kekadang orang awam tidak sedar mereka ditipu.
Dulu seorang prospek klien mohon buatkan satu perjanjian mengenai pembelian emas daripada luar negeri. Fee kami hanya mahu dibayar bila emas dibawa masuk ke Malaysia. Dengan terma dan transaksinya, jelas adalah scam. Saya bagi nasihat percuma pun tidak mahu terima. Akhirnya dia ikut nasihat terakhir saya "kalau nak proceed juga, sila cari peguam lain"
Kemudian saya menerima panggilan bahawa beliau amat menyesal. Saya tanya berapa banyak telah lebur. Katanya dalam RM30-50k yang melibatkan beberapa orang rakan. Cadang saya laburkan sedikit kos untuk saman sivil dan gerakkan tindakan jenayah terhadap mereka yang menipu. Macam biasa, tidak mahu keluarkan kos untuk peguam. Kerugian mereka adalah kekal.
Tambahan - Ada dulu seorang hadir untuk menyaman sivil atas satu individu yang engkar melaksanakan projek bersama syarikatnya. Lebihkurang sebagai pelabur utama yang memberikan modal kepada rancangan tersebut. Katanya telah buat perjanjian MoU dengan stamping dan disaksikan peguamcara beliau. Nasihat saya mudah, Mou tidak mengikat pihak-pihak untuk melaksanakan apa yang dijanjikan dan obligasi bukan mandatori.
"kalau begitu senang-senang la orang berjanji siap agreement bagai dan akhirnya tak boleh sah" bentak dia macam Datin Seri marah saya.
Saya jawab "samada Tuan kena tipu dengan individu itu atau peguamcaranya ataupun Tuan salah pilih peguamcara yang salah pilih agreement untuk ditandatangan. Saya tak percaya peguamcara tak tahu semua itu"
Ingatlah, setiap perjanjian memberikan kesan berbeza. Setiap apa jua kerjasama & perjanjian harus bertulis dan dibuat secara tepat dan menuruti lunas perundangan. Nasihat percuma untuk anda!
Hisham Nazir
Pendang, Kedah
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..