Tuesday, January 19, 2021

[770.21] PENGGABUNGAN PERTUDUHAN JENAYAH DI BAWAH SEKSYEN 153 KANUN ACARA JENAYAH


(Rujukan kepada kes Ahmad Zahid Hamidi vs. PP [2020] MLRAU 349)
Permohonan penggabungan pertuduhan telah dibuat bagi 12 pertuduhan digabungkan kepada 3 pertuduhan sahaja. Permohonan ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Perayu merayu kepada keputusan tersebut. Permohonan adalah dibawah s.153(2) yang mana –
153.Particulars as to time, place and person.
(1) …………………
(2) When the accused is charged with criminal breach of trust or dishonest misappropriation of money it shall be sufficient to specify the gross sum in respect of which the offence is alleged to have been committed and the dates between which the offence is alleged to have been committed, without specifying particular items or exact dates, and the charge so framed shall be deemed to be a charge of one offence within the meaning of section 164:
Provided that the time included between the first and last of such dates shall not exceed one year.
(3) ……………………
Apabila mempunyai persamaan dan kedekatan dalam pertuduhan sudut tindakan, maka pergabungan pertuduhan adalah boleh dibenarkan atas permohonan. Namun pendakwaan masih mempunyai kuasa budibicara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Rayuan dalam menolak rayuannya menyatakan antara lain faktor perlu diambilkira ialah;
(1) Isu keadilan dan prejudis yang timbul daripada pertuduhan-pertuduhan berkenaan. Faktor pertuduhan yang lebih jelas, adil dan tidak prejudis kepada pihak perlu diambilkira oleh Mahkamah;
(Aisyah Mohd Rose & Anor v. PP [2016] , PP v. Kok Wah Kuan [2007], Md Desa Hashim v. PP [1995] )
(2) Pergabungan pertuduhan bukan sesuatu yang bersifat mandatori walaupun ia melbatkan masa yang dekat; (Rancchod Lai v. State of Madhya Pradesh)
(3) Perayu perlu buktikan terdapatnya mala fide di pihak Pendakwaan dalam membuat pertuduhan setridaknya perlu menimbulkan prima facie terdapatnya mala-fide. (Yeap Seok Pen v. Government of the State of Kelantan [1986] )
Hisham Nazir
Pendang, Kedah
Januari, 2021


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►