"Apa prospek kerjaya dan keutamaan bidang jika saya sambung master undang-undang" - Bekas Peguam
Secara asasnya belajar itu bagus. Selain memberikan satu penambahan ilmu dan kelayakan akademik, ia satu proses peningkatan dalam hidup.
Apa yang saya sampaikan adalah pandangan saya sahaja. Mohon berbeza pandangan.
PROSPEK KERJAYA
Sambung lah belajar kerana atas dasar ilmu dan bukan kerjaya. Rezeki akan datang sendirinya. Biasanya sambung belajar dan dapatkan sarjana adalah antara keperluan bagi mendapat tempat di dalam akademik seperti tutor dan pensyarah. tetapi ia juga satu keperluan dan kebaikan dalam tangga gaji atau pangkat dalam satu organisasi sedia ada. Lagipun kemudahan untuk sambung belajar kini lebih mudah dan banyak ditawarkan.
"kalau ada master, kenapa nak pandang budak degree"
BIDANG LAIN KERJAYA
Selain akademik, bidang-bidang tertentu juga memainkan peranan penting. Penasihat dan jabatan perundangan organisasi juga lebih membuka peluang kepada lepasan master.
Selain pengalaman kerja, kelebihan pendidikan juga menjadi faktor menarik minat majikan/organisasi. Malah ada beberapa organisasi memerlukan kemahiran dan master khusus dalam organisasi mereka seperti sarjana di dalam kriminologi, cap dagangan, paten, korporat dan sebagainya.
Kemahiran, pendidikan dan pengalaman dalam bidang khusus sebegini penting dalam mengendalikan perbagai masalah perundangan secara praktikal di dalam syarikat / organisasi.
BANYAK PELUANG KERJAYA
Jika dirujuk kepada jawatan, ia lebih kepada kemahiran dan pengalaman. Jawatannya mungkin tidak banyak di tawarkan berbanding dengan lulusan sarjana. Tetapi mereka yang bijak, tidak perlu menunggu kepada majikan atau organisasi tetapi mereka sendiri memulakan kerjaya dengan cara tersendiri menawarkan produk dan perkhidmatan mereka.
Tahun 2020 telah memperlihatkan bahawa perkhidmatan secara bebas lebih relevan dengan faktor liabiliti dan risiko jangka panjang kepada majikan dan organisasi.
Kami tambah lagi jika perlu.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..