Thursday, November 19, 2020

[717.20] MENTOR MENTEE PEGUAM


"Tuan masih buat mentor mentee bagi peguam muda" - Peguam
YA, masih lagi dan setahu saya , pihak Majlis Peguam Malaysia masih menyenaraikan nama saya sebagai mentor bagipeguam muda yang baru atau berniat untuk membuka firma guaman ataupun mentor kepada proses perundangan jenayah dan sivil.
Cuma merujuk kepada artikel sebelum ini, mentee kekadang tamak dan tidak jujur. Ada beberapa masalah dengan mentee sebelum ini termasuk menggunakan nama saya dengan tidak sepatutnya dengan mahakamah dan Peguam lain.
Ada juga mentee tidak jujur dan mungkir janji apabila turut gagal membuat pembayaran dan merugikan pihak-pihak dalam prosiding perundangan sehingga cecah puluhan ribu.
Tapi Allah SWT itu adil. Dengar katanya mentee yang dikatakan di atas telah bermasalah sudut firma guamannya dan kebanyakannya tidak lagi mengamal undang-undang (tidak jadi peguam dah) kerana masalah yang sering kali dibuat dan juga tindakan disiplin selaku peguam.
Jadi, walaupun saya beri peluang dan membuka ruang untuk anda tahu, belajar dan motivasi agar lebih jauh, saya agak memilih kerana faktor di atas disamping sibuk dengan perkara lain.
Terima kasih dan semoga maju jaya buat peguam baru.
Hisham Nazir
Subang Jaya, 2020
+60139307961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►