Thursday, November 19, 2020

[710.20] PEGUAMBELA PALSU


Ada pertanyaan rakan peguam mengenai kredibiliti peguambela dalam mengendalikan kes jenayah. Mungkin beberapa tahun sebelum ini isu ini pernah saya ketengahkan dalam beberapa kes melibatkan peguam yang tidak kompeten dalam mengendalikan kes jenayah menjadikan Orang Kena Tuduh sebagai 'tikus makmal' adalah suatu yang tidak adil.
Alhamdulillah, kes rayuan itu berpihak kepada saya dan Mahkamah Rayuan melepaskan Perayu daripada hukuman gantung atas beberapa isu yang lain. Ini adalah isu yang kami cuba elakkan. Tetapi masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk melakukan suatu kebaikan dan adil kepada klien. Bukan manis mulut sahaja.
Dalam masa yang sama, masih banyak persoalan daripada pembaca - "bagaimana nak tahu peguam itu betul atau sebaliknya". Banyak lagi persoalan dalam bentuk lain tetapi isu yg sama.
JAWAPAN - Setiap nama peguam yang berdaftar dan aktif beramal harus ada nama tersenarai di dalam www.malaysianbar.org
Seeloknya sila berhati-hati kerana setiap peguam akan mengeluarkan resit rasmi kepada bayaran. Mempunyai pejabat khusus kerana Majlis Peguam tidak membenarkan shared/virtual office.
Dalam membincangkan isu kredibiliti peguambela tadi, temui satu kes rayuan yang mana rayuan dibenarkan kerana semasa Perayu disabitkan dan dijatuhkan hukuman, kes tersebut dikendalikan oleh penama yang mana tidak mempunyai sijil amalan tahunannya sejak 2015. Rayuan dibenarkan dan dihantar balik ke Mahkamah Sesyen untuk Bicara Semula (Retrial)
Semasa tempoh rayuan didengar, 'peguambela' tadi ada muncul di dada-dada akhbar mengenai kes diwakilinya. Cuba cari namanya di www.malaysianbar.org tetapi tidak tersenarai.
Hati-hati.. kekadang ada 'kaki' mengaku jadi peguam hebat.
Hisham Nazir
Subang Jaya, 2020
+60139307961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►