Thursday, November 19, 2020

[706.20] KEPASTIAN DERAF PENGHAKIMAN DAN PERINTAH.


Aturan 42 Kaedah 8(3) Kaedah - Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan bahawa:
Dalam apa-apa hal jika peguam yang berkenaan tidak dapat bersetuju mengenai draf itu, salah seorang daripada mereka boleh mendapatkan suatu janji temu di hadapan Pendaftar, yang notis mengenainya hendaklah diberikan kepada pihak yang satu lagi, untuk menyelesaikan terma penghakiman atau perintah itu.
Selepas mahkamah memberikan penghakiman/perintah, pihak-pihak perlu untuk menyediakan deraf penghakiman/perintah untuk diluluskan oleh pihak yang satu lagi dan juga mahkamah.
Namun, dalam keadaan deraf tersebut tidak dipersetujui oleh pihak-pihak, ianya boleh diputuskan melalui satu temu janji sama ada bersama pendaftar ataupun Hakim.
Berdasarkan kes Sang Lee Company Sdn Bhd & Ors v. Munusamy Karuppiah (2010) 1 MLRA 348, Hakim Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa:
[5] Under O. 42 r. 8 of the RHC 1980 it is clear that if there is a dispute on the matter, any party may seek an appointment with the Registrar to settle the terms and if the matter is heard by the judge the dispute may be determined by the judge. This is to safeguard the sanctity and authenticity of the final perfected sealed order and the court records. It is also to ensure that it accurately captures the very essence and terms of the order pronounced by the High Court. This is exactly what the defendants had done in this case.
@Keyron Nisa
Subang Jaya, 2020


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►