Monday, October 19, 2020

[695.20] RAYUAN KEPADA HUKUMAN PENGAKUAN SALAH


"Suami dah mengaku salah tapi Mahkamah bagi hukuman tinggi sangat. Polis kata rendah je"
Apabila satu hukuman telah dibuat berdasarkan sabitan daripada pengakuan salah Orang Kena Tuduh (OKT), maka rayuan masih boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi.
[Nota: kebiasaanya kes di Mahkamah Tinggi melibatkan hukuman mati, tiada pengakuan dibuat atau diterima]
Selain daripada rayuan, satu semakan boleh dibuat kepada keputusan berkenaan.
Jika rayuan dibuat kepada sabitan dan hukuman, seksyen 305 Kanun Acara Jenayah adalah terpakai yang mana antara lain menyebut "When an accused person has pleaded guilty and been convicted by a Magistrate on that plea, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence"
Maknanya rayuan hanya terhad kepada hukuman sahaja. Ini diputuskan melalui kes Munawar Ahmad Anees v. PP [2008] yang mana dinyatakan "Under the said provision of s. 305 of CPC the applicant cannot appeal against the conviction except as to the extent or legality of the sentence."
Walaubagaimanapun, dalam kes Mohd Asri Ahmad v. PP [2005] diputuskan bahawa Mahkamah masih ada bidangkuasa untuk menyemak keputusan tersebut termasuk keesahan sabitan apabila rayuan telah difailkan.
Hakim menyatakan bahawa - "In my judgment, it is trite law that under s. 305 of the CPC, a person who has been convicted on his plea of guilty is entitled to appeal only against the extent or legality of the sentence, but once the appeal has been lodged, he is not prevented from contending that the conviction was illegal and requesting the judge to act in revision, as the judge is entitled to do so".
Kes-kes kemudiannya seperti Nasrun Effendi lwn. PP [2009] , Norshaharin v. PP [2001] , Sures Perumal v. PP [2001], and Teoh Tian Lai v. PP [2000] membincangkan isu ini merujuk kepada kes di atas. Pendek cerita, Mahkamah boleh terikat dengan seksyen 305 KAJ atau meluaskan budibicaranya kepada keesahan sabitan sebagaimana Mahkamah berhak melakukannya.
Manakala jika dibuat melalui semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi, Mahkamah mempunyai budi bicara keduanya iaitu keesahan sabitan dan juga keadilan hukuman tersebut.
Jika Mahkamah setuju bahawa sabitan diambil adalah tidak sah. Mungkin disebabkan kecacatan plea seperti bahasa, ketidakfahaman, tiada nasihat yang betul. salah nasihat (misled) daripada mana-mana pihak, maka satu prosedur re-trial atau perintah sabitan dan hukuman boleh diketepikan dan dihantar semula ke Mahkamah asal untuk proses ulangan atau bicara.
Ada soalan lain mengenai Perundangan Syariah, Sivil atau Jenayah? PM atau whatsapp kepada kami. Sila Like & Share.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►