Monday, October 19, 2020

[693.20] PEMBAHAGIAN & JENIS-JENIS CERAI DI DALAM ENAKMEN KELUARGA ISLAM


Terdapat 6 pembahagian jenis perceraian di dalam Undang-Undang melalui Enakmen Keluarga Islam iaitu antara lainnya;
Pertama, Taklik. Bermaksud ialah lafaz cerai yang dikaitkan dengan suatu janji yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah disempurnakan. Pada lazimnya, taklik
tersebut menyebut antara lain –
i. sekiranya suami meninggalkan isteri lebih daripada enam bulan tanpa memberi nafkah zahir atau batin secukupnya; atau
ii. sekiranya suami memukul atau mendera isteri atau mendatangkan mudarat kepada isterinya.
Perceraian taklik boleh juga berlaku apabila seorang suami membuat janji atau memberi amaran kepada isteri supaya melakukan atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu "kalau kau keluar rumah, maka jatuhlah talak"
Kedua, Khuluk atau Tebus Talak. Satu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau harta benda lain kepada suaminya. Antara sebab yang membolehkan seseorang isteri mendapatkan tebus talak daripada suaminya ialah :–
(a) isteri tidak tertahan lagi tinggal dengan suaminya kerana suami berperangai jahat;
(b) suami menyakiti hatinya menyebabkan isteri telah kehilangan kasih sayang terhadap suami;
(c) kerana sebab-sebab lain yang membuat mereka tidak dapat bercampur atau bergaul dengan aman dan harmoni.
Mahkamah mempunyai budi bicara untuk meluluskan permohonan perceraian khuluk walaupun pihak suami tidak memberi persetujuan sekiranya Mahkamah berpendapat bahawa suami isteri tersebut tidak dapat hidup bersama dengan damai dan selaras dengan kewajipan mereka.
Ketiga, Fasakh. Pembatalan atau pembubaran perkahwinan antara suami isteri melalui perintah Mahkamah. Seseorang
isteri boleh membuat permohonan cerai fasakh kepada Mahkamah, antara lain, atas alasan seperti yang berikut, bergantung pada Negeri tempat dia tinggal:
(a) suami telah menghilangkan diri tanpa diketahui di mana berada selama tempoh lebih daripada setahun;
(b) suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri dan anak-anak selama tempoh 3 bulan;
(c) suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;
(d) suami tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun;
(e) suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
(f) suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang menghidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
(g) isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum ia mencapai umur enam belas tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun, dan ia belum disetubuh oleh suaminya itu;
(h) bahawa suami menganiayanya, iaitu, antara lain –
(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya
menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau
(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau
hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum
Syarak; atau
(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau
(iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu
menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang
terhadap harta itu; atau
(v) menghalang isteri daripada menunaikan atau
menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau
(vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia
tidak melayani isteri berkenaan dengan secara adil
mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak; atau
(vii) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi
membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah
Hukum Syarak.
Keempat, Perceraian melalui Lian. Melalui Seksyen 50 EUKIS, Apabila suami kepada suatu perkahwinan telah bersumpah secara li'an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syar'i dan apabila disabitkan Hakim itu hendaklah menghukum mereka berfarak dan berpisah buat selama-lamanya.
(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai secara lian dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar untuk didaftarkan.
Kelima, Perceraian melalui Anggapan Mati. Apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain, hendaklah terlebih dahulu mendapat pengisytiharan anggapan kematian daripada Mahkamah Syariah. Selaras dengan seksyen 54 EUKIS
Keenam, Perceraian disebabkan Pertukaran Agama. Pertukaran agama oleh salah satu pasangan perkahwinan akan menjadikan perkahwinannya menjadi bubar atas pengesahan Mahkamah. Walau bagaimanapun, kedudukan suami isteri adalah seperti yang berikut:
(i) sekiranya salah satu pasangan menjadi murtad, perkahwinan hanya menjadi bubar setelah disahkan oleh Mahkamah;
(ii) sekiranya isteri atau suami telah memeluk Islam dan pasangannya telah turut memeluk Islam dalam tempoh idah perkahwinan mereka mengikut hukum Syarak, maka
status perkahwinan mereka dikekalkan iaitu mereka tidak perlu kepada akad nikah baru.
Kami akan buat review kepada beberapa kes Mahkamah terhadap kesemua jenis perceraian tersebut dalam masa terdekat.
Islam dan pasangannya telah turut memeluk
Islam dalam tempoh idah perkahwinan
mereka mengikut hukum Syarak, maka
status perkahwinan mereka dikekalkan iaitu
mereka tidak perlu kepada akad nikah
baru.

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►