Saturday, July 11, 2020

[649.20] KONFLIK KEPENTINGAN


Jalan-jalan di Mahkamah Ipoh
Bicara kes berkaitan seksual bawah umur pagi ini.
Ada satu joke tentang kes seksual awal masa buak firma guaman.
Ada seorang bapa datang dan minta saya buatkan kes anaknya terlibat dalam kes rogol bawah umur. Siap ada rakaman setiap lerlakuan. Katanya kes agak panas. Bersungguh nak bayar dan minta resit pembayaran.
Selang beberapa hari, dia datang pejabat. Tanpa membawa isterinya kerana bimbang kesihatan dia. Panjang lebar kami bincang. Pendek cerita, anaknya adalah mangsa bukan Orang Kena Tuduh.
Haru pulak rasanya.
"Jadi Haji nak saya buat watching brief ke ni?"
"Taklah. Saya taknak khidmat Encik Hisham. Saya cuma nak bercerita dan enggage untuk cerita semua dengan Encik Hisham. Jadi Encik Hisham tak boleh wakil lelaki tu"
"Boleh saya tahu kenapa fikir OKT akan cari saya."
"Saya tanya court, kalau nak menang kes rogol, org cari lawyer mana.." katanya Haji.
Hahahahahaha..
Belum tentu Haji, pukat besar depan mahkamah tu. Kot ikan dah kena taut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►