Petang ini, balik daripada sambung bicara kes #bunuh di Kedah, ada appointment di pejabat di Subang Jaya.
Tetapi bila melihat kepada #dokumentasi, tiada satu agreement lengkap dibuat oleh mereka. Terma juga tidak lengkap. #Format juga salah dan diletakkan perjanjian di dalam Akuan Berkanun.
Sedangkan #Akuan Berkanun hanya untuk fakta dan bukan #perjanjian untuk membuat atau meninggalkan sesuatu pada masa depan.
Panjang lebar perbincangan, pendek kata peluang agak tipis untuk membela litigasi sudut #kontrak atau dokumentasi yag ada, tetapi tiada pilihan melalui beberapa #teknikaliti yang lain.
Sekali lagi nak pesan, agreement sedemikian kalau mahal sekali pun mungkin dalam RM1000.00, berbaloi untuk satu balasan kontrak dalam RM405,000.00 dan lebih (pertambahan kos atas kerja)
Kerana nak jimat RM1k, sekarang terpaksa berbelanja lebih untuk litigasi dengan kos guaman, mahkamah dan sebagainya.
Pesan saya, jimat biar kena tempat.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..