Antara soalan yang kami ada diterima dalam facebook dan whatsapp dalam 2 minggu ini. Isu dan pertanyaan yang kami tuliskan ini adalah ringkasan sahaja.
Mohon maaf juga kepada yang bertanya kerana tidak dapat menjawab penuh dan baik kwpada persoalan sebelumnya atas kekangan masa.
-----------------------------------------------
"Jika saya (isteri) nak bercerai, tapi suami taknak lepaskan dan satu peringkat dia (suami) minta bayaran (khuluk) utk lepaskan saya"
Jawapan:
Perceraian malah cerai yang dimohon oleh isteri adalah tercela kecuali tiada pilihan lain. Isteri dilarang meminta cerai dan dicela berbuat sedemikian jika sebabkan oleh alasan yang tidak dibenarkan syarak termasuk suami bermaksiat kerana itu dosanya.
Namun ia harus bagi perkara yang diharuskan seperti perkahwinan tidak dapat di penuhi atau berfungsi (function) , penganiayaan sudut fizikal (pukul tendang tumbuk etc), kegagalan menyediakan nafkah oleh suami atau keluarganya dan lain-lain sebab yang dibenarka.
Khuluk adalah antara method perceraian yang boleh dimohon oleh isteri bagi diceraikan dengan satu balasan kebendaan yang dipersetujui seperti wang tunai.
Jika dibuat bayaran, maka bercerailah mereka dan tidak boleh dirujuk oleh suami dalam iddah.
Jika melalui proses mahkamah, mungkin ada jalan penyelesaian tentang nilai balasan khuluk ini. Cuba google apabila ada khuluk nilainya rendah sahaja.
Khuluk ini dimohon isteri apabila suami enggan lepaskan. Atau dimohon kerana alasan isteri adalah atas kehendaknya atau luar batasan syariat. (nauzubillah min zaalik)
Jika alasan cerai dimohon adalah penganiayaan, maka baik mohon melalui taklik atau fasakh.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..