Wednesday, June 24, 2020

[𝟲𝟰𝟬.𝟮𝟬] 𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗖𝗔 - 𝗛𝗔𝗞 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 (𝗝𝗔𝗡𝗗𝗔)


𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒉𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒕𝒆𝒓𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑 𝒔𝒖𝒂𝒎𝒊 𝒚𝒈 𝒃𝒂𝒓𝒖 𝒅𝒊 𝒏𝒊𝒌𝒂𝒉𝒊 𝒚𝒈 𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒚𝒂 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒍𝒖𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒌𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒆𝒎𝒑𝒖𝒂𝒏 𝒕𝒖 𝒊𝒃𝒖 𝒕𝒖𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝒂𝒏𝒂𝒌.𝒂𝒑𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒅𝒓 𝒔𝒆𝒈𝒊 𝒏𝒂𝒇𝒌𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂 .𝒔𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒅 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒕𝒊𝒓𝒊𝒏𝒚𝒂. 𝒉𝒂𝒍 𝒊𝒏𝒊 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒚𝒆 𝒍𝒂𝒉 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒚𝒈 𝒅𝒊 𝒏𝒊𝒌𝒂𝒉𝒊 𝒏𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂.𝒅𝒓 𝒔𝒆𝒈𝒊 𝒑𝒆𝒘𝒂𝒓𝒊𝒔𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂 𝒌𝒆𝒎𝒖𝒅𝒊𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒍𝒂𝒌 ,𝒅𝒓 𝒔𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒔𝒆𝒈𝒊 𝒍𝒂..𝒂𝒅𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒌 𝒉𝒂𝒌 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒚𝒈 𝒃𝒂𝒓𝒖 𝒏𝒊?
Soalan ini adalah soalan asas. Kemungkin adanya wujud konflik nafkah, warisan harta, pengurusan kewangan suami barunya. Apa pun ini jawapan saya sebagaimana berikut.
𝗡𝗮𝗳𝗸𝗮𝗵 𝗜𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶
#Nafkah isteri adalah kewajipan #suami dan memberikannya adalah satu kewajipan tanpa perbandingan samada isteri baru atau lama. Dinikahi janda, balu atau anak dara. Dalam Islam, nafkah adalah menurut kemampuan semasa suami. Minima 2 kali makan sehari dan 2 pakaian setahun. Manakala tempat berteduh adalah wajib samada ia #harta yang dibeli atau disewa.
Begitu juga keperluan lain bagi asas seorang #wanita tetapi ia tidak wajib. Namun dilihat kepada keperluan dan kemampuan suaminya.
Maka selain menyediakan nafkah di atas, perlu juga kepada wang tunai bagi keperluan semasa.
𝗡𝗮𝗳𝗸𝗮𝗵 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗧𝗶𝗿𝗶
Tidak diwajibkan nafkah anak tiri kepadda suami baru. Maka jika ada suami menafkahi anak tiri anda, maka berbanggalah atas usaha dan kebaikan itu.
Nafkah anak adalah ditanggungi oleh bapa kandungnya. Jika tiada bapa kandung, maka tanggungan nafkah kepada #datuk dan bapa saudara dan seterusnya sebagaimana senarai #wali dan #faraidh.
Manakala anak tidak sah taraf, adalah #tanggungan ibunya.
𝗣𝗲𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮
Isteri akan mendapat pembahagian faraidh sebanyak 1/8 bahagian sekiranya mempunyai anak dengan suami (si mati). 1/4 bahagian jika tiada anak dengan suami (si mati)
Harta #sepencarian bukan sebahagian hukum Islam tetapi adat yang diterima masuk ke dalam perundangan tempatan bagi menjaga kemaslahatan umum terutama awanita yang tidak bekerja dan layanan adil daripada lelaki atas #poligami berdasarkan adat yang berlaku.
Permohonan perlu dibuat kepada #mahkamah dan bagi wanita tidak bekerja, biasanya mahkamah membenarkan pewarisan harta sepencarian tidak lebih 1/3 bahagian tertakluk kepada harta semasa perkahwinan dan pertimbangan lain pihak Mahkamah.
Anak tiri tidak layak mewarisi apa-apa bahagian harta suami (si mati)
Wallahullam..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►