Monday, June 15, 2020

[626.20] JANGAN ABAIKAN NOTIS TUNTUTAN


Dapat call dan kemudiannya mesej #Whatsapp daripada seseorang. Tanyanya panjang. Bila dinasihatkan untuk #Notis Tuntutan itu dijawab dengan kadar segera melalui #peguamcara yang boleh didapati di negerinya, dia tidak mahu pula.
Katanya itu lebih jimat kos dan belum tentu lagi syarikat tersebut (penuntut) akan membawa tuntutan berkenaan kepada #Mahkamah melalui #Saman dan #Pernyataan Tuntutan. Apa sahaja lah. Bagi nasihat #percuma mana nak dihargai.
Apa #keperluan menjawab Notis Tuntutan ini?
Menjawab Notis Tuntutan adalah perlu (walaupun tidak wajib) dan menjadi satu #pembelaan jika pertikaian ini di bawa ke Mahkamah. Melalui jawapan Notis Tuntutan ini, kita boleh menjelaskan samada ada persetujuan atau sebaliknya kepada tuntutan tersebut secara am atau secara #spesifik.
Antara kes landmark berkenaannya boleh dilihat kepada keputusan Hakim #Gopal #SriRam di dalam kes Mahkamah #Rayuan, David Wong Hon Leong vs. Noorazman bin Adnan yang turut mengikuti kes Tan Cheng Hock vs, Chan Thean Soon yang diputuskan oleh Hakim #EdgarJoseph antara lain menekankan jawapan kepada Notis Tuntutan perlu dibuat untuk menyatakan #persetujuan atau sebaliknya kepada perkara tertentu.
Kes David Wong Hon Leong kemudian di sahkan (affirmed by) oleh Hakim Hasan Lah melalui kes Jetara Sdn Bhd vs. Maju Holdings Sdn Bhd.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►