Friday, May 15, 2020

[618.20] HAK ORANG YANG DITAHAN OLEH PIHAK BERKUASA




Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda ditahan oleh pihak berkuasa? Adakah anda tidak mempunyai sebarang hak sekiranya anda ditahan? Jawapannya, TIDAK.
Sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam #Perlembagaan Persekutuan, setiap individu mempunyai hak masing-masing, walaupun ditahan oleh pihak berkuasa.
Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa orang yang ditahan mempunyai #hak untuk mengetahui sebab-sebab #penahanan.
Ini bermaksud pihak berkuasa tidak boleh menahan seseorang sewenang-wenangnya tanpa menjelaskan sebab penahan individu tersebut. Selain itu, orang yang ditahan juga mempunyai hak untuk memilih #peguambela untuk mewakili dirinya. Seterusnya, apabila ditahan, orang yang ditahan perlu untuk dibawa di hadapan #Majistret dalam tempoh 24 jam bagi tujuan reman untuk melengkapkan siasatan dan kegagalan untuk melakukan sedemikian akan menyebabkan penahanan tersebut dikategorikan sebagai penahanan secara salah.
Sepanjang tempoh reman tersebut, orang yang ditahan mempunyai hak untuk mendapatkan nasihat perundangan serta memilih peguambela untuk mewakilinya sepanjang prosiding tersebut berlangsung.
Sekiranya orang yang ditahan mendapati bahawa haknya telah dicabuli sepanjang proses penahan tersebut, orang yang ditahan boleh untuk memulakan tindakan sivil ke atas pihak berkuasa atau Kerajaan Malaysia secara amnya untuk mendapatkan pampasan.
Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada pertimbangan Mahkamah. Selain itu, orang yang ditahan juga boleh membuat permohonan habeas corpus bagi memastikan hak nya terbela.
Nota: Gambar Supreme Court India
Keyron Nisa
Mei 2020

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►