Thursday, May 14, 2020

[604.20] Kita belajar banyak benda semasa #PKP - #2 KUASA ONLINE


Apabila kebanyakan kedai tutup, kuasa #membeli tidak berkurangan dengan #pembelian atas talian tetap jalan seperti biasa. Pembelian dan kuasa pembelian tidak surut dan mempunyai #potensi besar.
Apabila kelas-kelas dan perhimpunan dilarang, kuasa online telah mendekatkan ilmu dan #pembelajaran dengan dibuat atas talian melalui #aplikasi tertentu. Malah bukan sekadar kelas dan kuliah, semua pihak membuat seminar dan live sharing tentang apa jua di internet.
Ia bukan sekadar online sharing tentang ilmu, pengetahuan dan isu tertentu tetapi ia merangkap promosi am kepada pihak yang terlibat dengan meletakkan nama-nama terlibat ke atas talian bagi membantu #ekonomi dan gerak kerja mereka selepas pkp tidak terkesan besar.
Malah musim pkp ini kita sedar bahawa kedudukan seseorang yang diletakkan di atas talian seperti #website#facebook#twitter#instagram dan lain-lain dilihat tidak terkesan sudut nama baik dan sebutan semasa pihak yang berkaitan (interested party)
Pengeluaran bahan bacaan samada ilmiah, website, berita, #blog#vlog, dan lain-lain atas talian mendapat tempat kepada kita semua. Bahkan Al #Quran antara aplikasi banyak dimuat turun.
Bayangkan jika anda menulis sesuatu seperti blog, website perniagaan, status-sttaus berbentuk ilmiah di media sosial dan atas talian, ini semua akan kadi bahan bacaan berat dan ringan kami semua.
Bacaan ini bukan sekadar #hiburan sementara kepada kami tetapi mungkin akan dikongsi dan memberikan menfaat kembali kepada penulis sudut peribadi mahupun kewangan/bisnes.
Malah #idea mengembangkan kelas melalui online telah diperkatakan hebat baru-baru ini dan satu mengejutkan, pembelajaran #martialart melalui online mendapat sambutan. Kerana apa, selagi mana ia mampu dilihat dan didengar, akan ada pihak berminat.
Kepada live #video atau #webinar yang sekarang mendapat tontonan semasa seramai hanya 20-40 viewer boleh membawa kepada 3000-10000 viewer dalam masa 4 hari hari. Anda bayangkan kalau semasa tontonan mendapat sambutan sehingga 20k.
Anda tahu berapa reach kepada fb dan website serta blog kami?
Cecah lebih 100k dalam musim #PKP ini.
Terokailah!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►