Monday, February 10, 2020

[564.20] TANGGUNGJAWAB ATAS FARAID


Ini antara komen bila bodoh #agama bercakap.
Kenapa #faraid sedemikian, kerana ia hadir dengan tanggung jawab. Tanggungjawab hadir dengan amanah #wajib yang ada padanya dosa pahala.
Bila ada pihak dilebihkan, maka ingat bahawa tanggungjawab padanya. Termasuk #dosa pahala.
Ini tidak, abang/adik mati. Tiada pun beradik lelaki nak berebut jaga kebajikan #balu dan anak-anak sedara. Pakat intai apa harta yang tinggal. Bukan kata mati, abang/adik masih hidup pun #tanggungjawab tidak dijalankan.
Nasib isteri dan anak-anak saudara terbiar. Pakcik dan datuk begini boleh elok tanam hidup-hidup.
Begitu juga dosa pahala. Tidak pernah dikisahkan hidup anak-anak saudara tentang dosa pahala sedangkan pakcik-pakcik dan datuk adalah #wali jika tiada ayahnya.
Banyak #ibutunggal teraniaya kerana sikap sebegini. Pandai bab nak #harta. Kononnya hak kata mereka. Bab tanggungjawab, semua buat tak tahu.
Isu ini dah ada ditulis kami sebelum ini dengan panjang lebar. Cuba cari di sini atau di www.criminallawyermalaysia.com tentang faraid dan tanggungjawab selepas suami mati.
Ada benar bila dijelek oleh sedemikian tetapi jangan jadi bodoh salahkan sistem faraid. Sebab ia salah individu yang dipertanggungjawabkan. Maka salahkan mereka yang tidak #amanah kepada walian mereka. Bukan kepada sistem faraid.
Maka bermula hari ini, ajar dan didik anak-anak anda tentang faraid dan kenapa ia sedemikian. Agar besar mereka lebih baik kepada #walian mereka.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►