Tuesday, February 4, 2020

[562.20] PERJANJIAN BERTULIS ITU PENTING




Jika buat sepakatan atau #perjanjian, kena bertulis. Jangan main mulut walaupun dengan adik beradik. Pasal #duit boleh hilang saudara.
Bila berlaku #pertikaian, tiada orang akan akui kesilapan. Jangan mudah berkata, "Dia tidak akan khianati saya" sebab pengalaman kami dalam #litigasi tidak menyokong #teori anda.
Kesaksian #keterangan lisan daripada mereka yang berpihak kepada kita bukan saksi yang baik walaupun boleh diterima.
Tanpa #sokongan perjanjian bertulis, kita gagal buktikan apa yang dipersetujui dan termanya secara jelas untuk menyokong tuntutan #gantirugi, kemungkiran #kontrak, #injuksi, pembayaran #hutang dan lain-lain.
Kontrak bertulis bukan susah, perlu ada tarikh, nama pihak terlibat yang mengikat, terma, masa/tempoh, nilaian , #guarantor (jika ada) dan tandatangan pihak berkontrak dan #saksi.
Untuk lebih baik, bagi kerja menderaf kepada #peguamcara dan mereka sendiri sebagai saksi kontrak. Apa-apa jadi esok, boleh jadikam peguamcara sebagai saksi di #Mahkamah.
Bila ada perjanjian bertulis, terma jelas dan saksi yang kredibel, bukan setakat boleh buktikan atas imbangan kebarangkalian, buktikan atas #seksyen 182A KAJ pun boleh.. 🤣🤣
Okay... Sambung kerja!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►