Wednesday, January 8, 2020

[542.20] ROKOK DAN KANAK-KANAK





Kanak - kanak di bawah umur 18 tahun tidak boleh menjual, membeli, menghisap dan memiliki rokok.
Setiap satu perbuatan di atas adalah berasingan.
Jika ditangkap, boleh didakwa dan disabitkan kesalahan kepada satu hukuman denda atau boleh kompaun atau lain-lain hukuman yang difikirkan adil oleh Mahkamah yang Mulia.
Contohnya;
# Seorang kanak-kanak membeli rokok untuk dirinya. Salah!
# Beli untuk ayahnya. Salah! (Bodoh punya ayah)
# Ditangkap kerana menghisap rokok. Salah!
# Ditangkap kerana mengedar dan menjual rokok. Salah!
# Ditangkap kerana padanya ada rokok (macam ditangan). Salah!
# Ditangkap apabila didalam jagaannya ada rokok (macam di dalam beg, pakaian, basikal dll). Salah.
Bila salah, boleh dikompaun, boleh didakwa, boleh kena hukuman.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►