Thursday, December 5, 2019

[531.19] SEMAKAN KEHAKIMAN



Semakan #kehakiman ditakrifkan sebagai pemeriksan semula yang dilakukan oleh Mahkamah terhadap pelaksanaan sesuatu tindakan. Contohnya, sekiranya seseorang kakitangan awam dikenakan tindakan oleh #kementerian atau pihak berkuasa, individu tersebut boleh untuk membuat permohonan ke mahkamah untuk membuat penilaian sama ada tindakan tersebut telah mengikut tatacara dan #prosedur yang betul tanpa menindas hak individu tersebut.
Permohonan untuk #semakan kehakiman ini boleh dibuat di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Terdapat beberapa perintah yang boleh untuk dipohon melalui semakan kehakiman. Antaranya termasuklah perintah #certiorari (certiorari order). Perintah ini adalah perintah yang bersifat retrospektif untuk membolehkan keputusan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa dibatalkan dan status individu tersebut dikembalikan kepada asal iaitu sebelum tindakan diambil,
Selain itu, terdapat juga perintah #Mandamus iaitu perintah untuk Mahkamah mengarahkan pihak berkuasa untuk melaksanakan tanggungjawab dan tindakan mengikut aturan undang-undang. Perintah ini juga termasuk di bawah Aturan 53 dan Seksyen 44 Akta Relief Speisifik.
#Declaratory relief juga boleh dipohon dimana mahkamah mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan bahawa keputusan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa atau sebarang peraturan adalah batal atau ultra vires.
Alasan-alasan permohonan bagi semakan kehakiman termasuklah kerana kegagalan pihak berkuasa untuk mengikut tatacara yang betul dalam membuat keputusan, penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa semasa membuat keputusan dan juga membuat keputusan yang tidak rasional serta tidak munasabah.
Setiap permohonan yang dibuat perlulah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Sehubungan dengan itu, sekiranya masalah atau kes seperti ini timbul, anda perlu untuk membuat permohonan bagi semakan kehakiman secepat yang mungkin bagi mengelakkan permohonan tersebut ditolak atas alasan terlebih had masa.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►