Thursday, December 5, 2019

[475.19] BAILABLE, NON-BAILABLE, UNBAILABLE



Umum mengetahui bahawa jamin adalah salah satu proses yang mana setelah pertuduhan dibacakan kepada OKT, OKT dibenarkan untuk dijamin sementara menunggu proses perbicaraan tersebut selesai. Jamin terbahagi kepada tiga jenis iaitu boleh dijamin (bailable), tidak boleh dijamin (non-bailable) dan tidak boleh dijamin sama sekali (unbailable).
Seksyen 387 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa seseorang yang dituduh di bawah kategori ini adalah berhak untuk dilepaskan dengan ikat jamin.
Seterusnya, Seksyen 388 Akta yang sama memperuntukkan bahawa kesalahan di bawah kategori tidak boleh dijamin tetapi hanya boleh dijamin dengan kebenaran daripada mahkamah. Kesalahan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup adalah contoh kesalahan yang tidak boleh diikat jamin namun ianya bergantung kepada budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan kepada tertuduh.
Bagi kesalahan-kesalahan yang tidak boleh diikat jamin sama sekali seperti kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, kes-kes penculikan yang membawa kepada hukuman mati di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961, Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan kesalahan-kesalahan yang membawa kepada hukuman mati dan penjara seumur hidup di bawah Seksyen 57 hinga 62 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau kesalahan-kesalahan yang diperakukan oleh Peguam Negara sebagai kesalahan keselamatan di bawah Peraturan 2, Peraturan-peraturan Perlu (Kes-Kes Keselamatan) 1975.
Bagi kesalahan yang disenaraikan di atas, ikat jamin tidak dibenarkan dan tertuduh akan ditahan sehingga kes selesai dibicarakan.
Ini menunjukkan bahawa bukan semua kesalahan adalah boleh dijamin dan walaupun boleh dijamin ianya bergantung kepada budi bicara mahkamah sama ada untuk membenarkan jaminan atau tidak melihatkan kepada faktor-faktor tertentu.
Sumber: Kanun Tatacara Jenayah & Kehakiman.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►