Pernah sekali, klien datang ke pejabat untuk mendapatkan nasihat atas sebab difitnah di media sosial. Sebagai peguam, setelah mengenal pasti fakta kes dan kausa tindakan, tugas dimulakan dengan mengeluarkan surat tuntutan dan diberikan kepada pihak yang terlibat. Setelah itu, pihak yang menerima surat tersebut hadir ke pejabat dalam keadaan yang marah dan tidak puas hati.
Pertama, surat tuntutan sebenarnya bukanlah satu saman. Ianya menuntut pihak terlibat untuk menjawab tuntutan tersebut atau memberikan satu penjelasan yang munasabah berkaitan tindakan yang dilakukan.
Tuntutan atau penjelasan boleh dijawab melalui peguam atau tanpa melalui peguam. Kegagalan menjawab tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan, baru lah akan diteruskan dengan saman. Jadi, kalau anda menerima sebarang surat tuntutan, jawab tuntutan tersebut dalam tempoh ditetapkan kalau tak nak diteruskan dengan saman.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..